Sabtu, 15 Disember 2012

Permainan Matematik Dalam Talian



Ada berita baik untuk anda. Hari ini cikgu perkenalkan 2 permainan matematik dalam talian yang menarik untuk anda. Jom ke halaman permainan.Klik sini.

Ahad, 9 Disember 2012

Unit 1: Nombor Hingga 10




Jom mengira nombor 1 hingga 10. Kemudian bacalah nombor dalam angka dan perkataan dalam nota matematik 5 di halaman nota matematik.Klik sini. Anda boleh nyanyi lagu mengeja angka 1 hingga 10 di video 2 dalam halaman video. Klik sini.

Jumaat, 7 Disember 2012

Operasi Tamabah dan Tolak Melibatkan Wang Menggunakan Abakus



Cikgu Lim akan menunjukkan cara menambah dan menolak melibatkan wang dengan abakus. Maklumat berada di nota Matematik 4.Klik sini. Selepas itu buatlah latihan 2 di halaman soalan latihan.Klik sini. Anda boleh juga melihat video cara penambahan dan penolakan menggunakan abakus di video 1 dalam halaman video.Klik sini.Klik sini.



Aktiviti Simulasi Membeli-belah


Saya telah menjalankan satu aktiviti simulasi membeli-belah untuk murid-murid Tahun 1 Merah.

Mereka membelajari mengira wang dengan wang mainan dalam aktiviti tersebut. Anda boleh ke halaman aktiviti untuk mengetahui keadaannya.Klik sini.

Harga Barangan

Berapakah harga makanan, minuman dan alatulis yang dijual di kantin sekolah anda ? Kita perlu bayar wang ketika membeli barangan.
Anda boleh melihat harga barangan yang cikgu paparkan dalam nota matematik 3 di halaman nota Matematik. Klik sini.





 Kita hendaklah berjimat cermat menggunakan wang. Belilah barangan yang diperlukan sahaja. Amalkan sikap menabung.



Abakus Matematik



 
Tentu anda tidak rasa aneh bila lihat benda di atas kerana guru-guru anda pernah mengajar anda menggunakannya dalam operasi tambah dan tolak dalam kelas.

Hari ini cikgu mengajar menentukan nilai wang di abakus.Sila baca nota matematik 4 di halaman nota Matematik.Klik sini.

Unit 8: Wang Hingga RM10

Wang Malaysia





Hai , kawan-kawan! Hari ini Cikgu Lim ceritakan sedikit tentang ringgit Malaysia.

Ringgit Malaysia (kod matawang: MYR) ialah mata wang Malaysia. Singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah RM. Satu ringgit terdiri daripada 100 sen. Wang ringgit dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Tahukah anda asal usul nama ringgit? Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17. 

Marilah mengenal wang negara kita dalam nota matematik 1 di halaman nota matematik.Klik sini.