Jumaat, 7 Disember 2012

Unit 8: Wang Hingga RM10

Wang Malaysia





Hai , kawan-kawan! Hari ini Cikgu Lim ceritakan sedikit tentang ringgit Malaysia.

Ringgit Malaysia (kod matawang: MYR) ialah mata wang Malaysia. Singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah RM. Satu ringgit terdiri daripada 100 sen. Wang ringgit dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Tahukah anda asal usul nama ringgit? Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17. 

Marilah mengenal wang negara kita dalam nota matematik 1 di halaman nota matematik.Klik sini.

8 ulasan: